Aktiviti Tahun 2020


MAJLIS PRA PERASMIAN DAN PENYERAHAN SIJIL KOLABORASI


Tarikh: 18 Ogos 2020

Masa: 3:30 P.M. - 3.45 P.M. & 4:30 P.M. - 4:45 P.M.

Tempat: SK TAMAN RINTING 1 DAN SK MOHD KHIR JOHARI.



                             Image1 2  Image1 4

                             Image1 3    Image1 5


Ringkasan Aktiviti: 

Seramai 15 pelajar dan 3 orang penasihat daripada UiTM Johor Cawangan Kampus Pasir Gudang telah menghadiri Majlis Pra Perasmian dan penyerahan sijil kolaborasi antara UiTM Pasir Gudang bersama dua buah sekolah yang terpilih untuk projek iV-STEM. Dua buah sekolah itu terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1, Daerah Pasir Gudang dan Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari, Daerah Johor Bharu. Majlis ini telah berlangsung pada tanggal 18 Ogos 2020 yang bertempat di dua buah sekolah itu. Majlis Pra Perasmian dan penyerahan sijil kolaborasi bertujuan untuk menunjukkan bahawa pihak sekolah telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak UiTM Pasir Gudang bagi menjalankan projek iV-STEM di sekolah tersebut. Dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak UiTM mengenai projek iV-STEM tersebut, kedua-dua pihak sekolah telah bersepakat untuk bekerjasama dengan pihak UiTM bagi meneruskan projek ini di sekolah tersebut. Sijil kolaborasi ini telah ditandatangani oleh Ketua Projek, Guru Besar dan Penasihat. Ia akan memberikan bukti yang kesemua pihak sudah bersetuju untuk bekerjasama dalam menjalankan projek ini dengan sempurna.

Pada jam 3.30pm, telah berlangsung Majlis Pra Perasmian dan penyerahan sijil kolaborasi di Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1. Sijil Kolaborasi itu telah ditandatangani oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1, En. Azhari Bin Samsuri sebagai tanda persetujuan untuk bekerjasama dengan pihak UiTM. Pada jam 4.30pm pula, berlangsungnya Majlis Pra Perasmian dan penyerahan sijil kolaborasi di Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari. Sijil Kolaborasi itu telah ditandatangani oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari, En. Rodyisnansyah Bin Julaihi. Ini menunjukkan bahawa sekolah ini juga telah bersetuju untuk bekerjasama meneruskan projek ini dengan sempurna. Kedua-dua penyerahan sijil kolaborasi ini telah disaksikan oleh barisan guru-guru yang turut serta untuk menjalankan projek ini, barisan pihak Yayasan Pelajaran Johor yang diwakili oleh Encik Hamdi, Encik Solihin, Encik Taufikh dan Encik Elham dan barisan Penasihat dan Volunteers iV-STEM.


MINGGU AKTIVITI 1: MAGIC BALLON



Tarikh: 02 Oktober - 08 Oktober 2020



                            Image2 3    Image2 5


Ringkasan Program: 

Seramai 60 orang pelajar dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1 dan Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari telah menyertai aktiviti tersebut dengan mencuba melakukan aktiviti magic ballon di kediaman masing-masing. Aktiviti ini dilakukan selepas mereka menonton video yang telah disediakan oleh ahli iVSTEM@VOLLUNTERS STEM di Youtube Channel kami iaitu Volunteers STEM. Mereka juga melakukan aktiviti tersebut dengan pemantauan daripada penjaga mereka sendiri.

Aktiviti Magic Ballon ini dilakukan pada minggu I’m A Scientist iaitu sempena dengan minggu sains iVSTEM @ VOLLUNTERS STEM. Aktiviti ini telah berjaya mengumpulkan seramai 43 orang pelajar dari dua buah sekolah tersebut dengan pelajar -pelajar sekolah terbabit berjaya menghasilkan aktiviti itu di kediaman masing-masing. Baki 17 orang pelajar gagal melakukan aktiviti ini kerana mempunyai masalah seperti tiada bahan di rumahnya.

Terdapat juga banyak maklum balas yang positif daripada para pelajar yang menyertai aktiviti ini dengan hampir kesemua pelajar gembira dan seronok apabila melakukan aktiviti tersebut.


LAPORAN AKTIVITI MINGGU 2: "I'M AN EDITOR"


Tarikh: 09 Oktober - 16 Oktober 2020



Image 3


Ringkasan Program:

Seramai 30 orang pelajar dari SK Taman Rinting 1 (SKTR1 ) dan 30 orang pelajar dari SK Mohd Khir Johari telah turut serta dalam aktiviti menghasilkan video pendek menggunakan aplikasi VN yang terdapat dalam telefon pintar. Aktiviti ini dilakukan dengan pelajar diminta untuk menonton video yang telah dimuat naik di laman YouTube rasmi iV-STEM@VOLUNTEERS STEM (rujuk lampiran).

Bagi aktiviti ini, pelajar hanya dikehendaki memuat turun aplikasi VN di dalam telefon pintar masing masing. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk mendedahkan pelajar kepada kemahiran asas dalam bidang teknologi maklumat. Ini kerana arus pemodenan yang lebih cenderung ke bidang teknologi. Selain itu, aktiviti ini juga dapat merangsang pelajar untuk menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang baru.

Setelah para peserta menonton video di Youtube, pihak iV-STEM juga menyediakan Google Forms. Google Forms ini bertujuan untuk memeriksa tahap kefahaman pelajar mengenai apa yang telah dipelajari dan memberi maklum balas mengenai aktiviti ini. Soalan yang ditanya adalah berdasarkan video di Youtube,dengan ini kami dapat memeriksa siapa yang menonton video tersebut dan siapa yang tidak menonton. Sebilangan besar pelajar suka dengan aktiviti yang meilbatkan teknologi ini dan memberikan maklum balas yang positif.


AKTIVITI MINGGU 3: SUSPENSION BRIDGE


Tarikh: 16 Oktober - 23 Oktober 2020



                            Image4 4  Image4 2

Image4 3


Ringkasan Program:

Seramai 60 orang pelajar dari SK Taman Rinting 1 dan juga SK Mohd Khir Johari telah menyertai aktiviti membuat suspension bridge ataupun jambatan gantung. Aktiviti ini dilakukan dengan menonton video yang telah disediakan oleh pihak iV-STEM dan dimuatnaik ke laman YouTube rasmi iV-STEM@VOLUNTEERS STEM. Aktiviti ini dilakukan di rumah pelajar masing-masing dengan pemantauan ibu bapa pelajar itu sendiri.

Bagi aktiviti membina jambatan gantung, peserta hanya memerlukan bahan-bahan asa yang mudah didapati seperti tali, manila kad, pita pelekat dan juga gunting. Tujuan aktiviti membina suspension bridge ini dilakukan adalah kerana ingin memberi pendedahan awal terhadap bidang kejuruteraan kepada para peserta. Selain itu, para peserta juga dapat mengetahui perbezaan jambatan gantung dan jambatan yang biasa dibina di kawasan sekitar mereka.

Setelah para peserta menonton video suspension bridge tersebut, pihak iV-STEM juga menyediakan satu Google Form yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat terhadap kefahaman para pelajar. Antara soalan yang telah ditanya di dalam borang kaji selidik tersebut ialah mengenai kelebihan jambatan gantung didalam pembinaan. Bukan itu sahaja, para peserta juga telah ditanya mengenai pendapat mereka jikalau mereka seorang jurutera adakah mereka akan membina jambatan ini? Rata-rata daripada para peserta memililih ya untuk menggantikan jambatan gantung dengan jambatan biasa. Hal ini dapat membuktikan kefahaman para peserta terhadap video dan juga aktiviti yang pihak iV-STEM sediakan untuk mereka.


AKTIVITI MINGGU 4: TRICK SIFIR


Tarikh: 23 Oktober - 30 Oktober 2020




                           Image 5 2  Image 5 3  

                                                              Image 5 4


Ringkasan Program:

Seramai 60 orang pelajar dari SK Taman Rinting 1 dan juga SK Mohd Khir Johari telah menyertai aktiviti Trick Sifir. Aktiviti ini dilakukan dengan menonton video yang telah disediakan oleh pihak iV-STEM dan dimuatnaik ke laman YouTube rasmi iV-STEM@VOLUNTEERS STEM. Aktiviti ini dilakukan di rumah pelajar masing-masing dengan pemantauan ibu bapa pelajar itu sendiri.

Tujuan aktiviti trick sifir ini dapat memudahkan pelajar untuk memahami sifir dan menghafal. Selain itu, pelajar juga dapat mempraktikkan trick sifir ini Ketika mejawab peperiksaan atau Latihan yang diberikan. Aktiviti ini juga dapat menarik minat pelajar dalam subjek matematik.

Setelah para peserta menonton video trick sifir tersebut, pihak iV-STEM juga menyediakan satu Google Form yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat terhadap kefahaman para pelajar. Hal ini dapat membuktikan kefahaman para peserta terhadap video dan juga aktiviti yang pihak iV-STEM sediakan untuk mereka.


PROGRAM iV-STEM DAY 2020


Tarikh: 24 Disember 2020 (Khamis)

Masa: 9:00 A.M. - 11:00 A.M.

Tempat: Platform Atas Talian (Google Meet) dan Facebook


Image6 2    

Image6 5

Image 7 3

Image 7 2


Ringkasan Program:

Semua ahli bagi projek iV-STEM dan juga 2 penasihat iV-STEM telah berjaya menghadiri iV-STEM Day 2020 yang berlangsung pada 24 Disember 2020 selama 2 jam di platform atas talian dengan menggunakan Google Meet dan juga Facebook.

Program iV-STEM Day 2020 ini dijalankan adalah bertujuan untuk merasmikan Majlis Penutupan Hari Terbuka Kesukarelawanan Stem iV-STEM 2020 dan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Shahilon Bin Abd Halim, Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembelajaran), Jabatan Pendidikan Negeri Johor selaku wakil rasmi kepada Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan telah dikendalikan oleh Norfazrin Yasmin Binti Mohd Faizal yang merupakan pengacara Program iV-STEM Day 2020 ini.

Program ini juga telah menjemput tetamu yang kehormat iaitu Tuan Haji Shahilon Bin Abd Halim, Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembelajaran), Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Prof. Dr. Haji Ismail Ahmad, Rektor, Uitm Cawangan Johor, Tuan Haji Mohd Zeen Bin Watak, Pengurus Kanan Jabatan Bantuan Pendidikan, Yayasan Pelajaran Johor, Dr. Haryana Binti Mohd Hairi, Penolong Rektor, Uitm Cawangan Johor Kampus Pasir

Gudang, Encik Mohd Fadzli Bin Ishak, Penceramah Slot Webinar Iv-Stem, Encik Azhari Bin Samsuri, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1, Encik Rodyisnanshah Bin Julaihi, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari, dan Encik Ahmad Saufi Bin Ahmad Jawahir, Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar Uitm Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang serta peserta-peserta dari pelbagai pihak.

Program iV-STEM Day 2020 ini telah berjaya memberikan impak yang sangat bagus kepada para perserta dan juga memberikan ilmu yang baharu dari slot Webinar iV-STEM iaitu bertajuk “Microsoft in Education” yang telah disampaikan oleh, Cikgu Mohd Fadzli Ishak yang merupakan seorang guru Penyelaras Bestari daripada Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah

Banyak maklumat yang terperinci yang diberikan oleh Cikgu Fadzli terharap para peserta.Selain itu, program ini juga turut memberikan penghargaan kepada peserta-peserta yang telah terlibat sepanjang aktiviti iV-STEM Day 2020 terutamanya peserta- peserta daripada SK Taman Rinting 1 dan Sk Mohd Khir Johari.Tambahan pula, program kami juga turut mengadakan slot kuiz dalam talian (online quiz) dan telah memberikan ganjaran kepada para peserta yang telah berjawab quiz tersebut dengan betul.

Sesungguhnya Program iV-STEM Day 2020 ini telah memberikan banyak output yang positif kepada setiap ahli yang telah bersama – sama menghadirkan diri dalam program ini dan mampu memberikan pendedahan kepada mereka akan pentingnya program kami ini kepada pelajar pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah agar berminat dalam bidang STEM ini.


0/5 : Not rated