Tarikh: 25 Jun 2022
Ringkasan Program:
Berikut merupakan barisan ahli iV-STEM yang bertungkus lumus berusaha untuk menjayakan program Karnival iV-STEM Day pada tahun 2022. Setiap satu daripadanya saling bantu membantu, berganding bahu bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Setiap kejayaan pasti akan melalui liku liku kepayahan untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Kejayaan yang diperoleh adalah bukti penat lelah mereka untuk membuat persiapan program dengan sebaiknya. Memastikan para pelajar mendapat manfaat daripada program yang dianjurkan adalah merupakan salah satu sasaran utama yang ingin dicapai, selebihnya adalah dapat memastikan para pelajar memperoleh ilmu baharu dengan lebih seronok dan mudah dipahami. Setiap ahli memberikan komitmen yang sangat baik. Meskipun pandemik menghalang, namun ia bukanlah alasan untuk berhenti di tengah jalan.
Ringkasan Program:
Gambar berikut menunjukkan beberapa program yang dijalankan oleh pihak iVSTEM sendiri. Antaranya adalah pameran STEM, webinar dan jugak aktiviti explorace dimana ketiga-tiga aktiviti ini berlangsung secara serentak akan tetapi berlainan tempat. Pameran STEM dilakukan di dewan terbuka sekolah sekaligus mendapat kunjungan yang sangat meriah. Seterusnya webinar pula dijalankan di dalam bilik tertutup dan berhawa dingin bagi memastikan keselesaan para pelajar untuk melakukan sebarang aktiviti yang memerlukan pergerakan yang kurang. Bukan itu sahaja, pihak iV-STEM juga mengadakan aktiviti explorace dimana ia dilakukan pada waktu pagi dan berakhir pada waktu tengahari. Aktiviti tersebut mendapat sambutan yang hangat dengan sorakan yang telah berjaya memecahkan kesunyian pada awal kehadiran mereka. Para peserta yang terlibat melakukan tugasan yang diberikan dengan sangat baik.
Ringkasan Program:
Nuri lab merupakan salah satu tarikan yang dapat memeriahkan suasana pada hari karnival tersebut. Pengunjung dan para pelajar tidak henti-henti mengunjungi bas Nuri Lab untuk mengetahui isi yang terkandung di dalam bas tersebut. Terdapat banyak input menarik yang dipamerkan di dalamnya. Orang ramai juga berpeluang untuk mengambil gambar bersama Nuri sendiri.
Ringkasan Program:
Gambar berikut merupakan acara cabutan bertuah dimana ia dilakukan selepas selesai kesemua acara yang dianjurkan oleh pihak iV-STEM. Sesiapa yang bertuah akan membawa pulang basikal seperti yang berjenama seperti di atas. Hadiah yang diberikan tidak dikhususkan buat para pelajar sahaja, malah orang dewasa juga boleh menyertai cabutan bertuah ini. Sorakan demi sorakan semakin kuat kedengaran apabila mereka sudah mengetahui hadiah yang akan diberikan.
Ringkasan Program:
Program diatas merupakan pameran Magic Kit Balloon. Kebanyakkan para pelajar mengambil peluang untuk mencuba menghasilkan Magic Kit Balloon ini. Pada awalnya, pameran ini kurang mendapat sambutan kerana para pelajar tidak pasti aktiviti yang diadakan. Namun, lama kelamaan pameran tersebut dikelilingi ramai orang dari semua peringkat usia. Para pelajar, ibu bapa dan juga pengunjung turut hadir ke pameran tersebut untuk melihat aktiviti yang pelajar lakukan. Pameran ini mendapat maklum balas yang sangat baik dari pelajar yang hadir dan juga pengunjung di sana.
Ringkasan Program:
Pembentangan VIVA merupakan pembentangan akhir selepas semua aktiviti webinar i-VSTEM 2.0 berjaya dilaksanakan sehingga ke penghujungnya. Pembentangan VIVA ini bertujuan untuk menilai hasil maklum balas peserta yang bersama-sama mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak iV-STEM sendiri, sama ada ianya membawa impak positif ataupun negatif. Diantara banyak kumpulan yang membentangkan hasil projek mereka, kumpulan iV-STEM merupakan kumpulan yang dapat menarik perhatian juri kerana terdapat banyak soalan yang diajukan untuk mengenali kumpulan iV-STEM dengan lebih mendalam, serta para juri juga mengutarakan pelbagai inisiatif terbaik agar kumpulan kami dapat melaksanakan projek seterusnya dengan lebih maju jaya dan dapat dikenali bukan sahaja di dalam negara, malah di luar negara juga. Pengalaman ini amat bermakna bagi kumpulan iV-STEM sendiri kerana pembentangan ini merupakan aktiviti terakhir kami setelah melalui banyak liku-liku kepayahan untuk menjayakannya. Selain daripada itu, kumpulan kami juga menyediakan pameran bagi beberapa anugerah, plak dan juga sijil sewaktu kami membentangkan kertas kerja kami bagi membuktikan bahawa kumpulan iV-STEM mempunyai semangat yang tegar untuk membantu para peserta mendapat manfaat daripada aktiviti yang kami jalankan sehingga berjaya menerima beberapa penganugerahan yang tidak ternilai.
Tarikh: 08 Januari 2022
Masa: 9:45 A.M. - 12:00 P.M.
Tempat: Platform atas talian menggunakan Cisco Webex & YouTube (Volunteers STEM)
Tarikh: 1:45 P.M. - 4:00 P.M.
Masa: 08 Januari 2022
Tempat: Platform atas talian menggunakan Cisco Webex & YouTube (Volunteers STEM)
Tarikh: 25 Oktober 2022
Tempat: KSL Hotel & Resort Johor Bahru
Ringkasan Program:
Pada tanggal 25 Oktober 2022, kumpulan iVSTEM@Volunteers STEM telah menghadiri program Anugerah Ikon Siswa Johor 2022. Dalam program ini, iVSTEM telah terpilih sebagai calon akhir Kategori Anugerah Pembangunan Kemahiran dan Pendidikan Terbaik Negeri Johor. Program ini telah dihadiri oleh AJK Tertinggi iVSTEM dan Penasihat Projek.